Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, July 02, 2011

Tahniah B-18




Alhamdulillah..





Itulah kata-kata pertama yang terkeluar dari mulut aku ,setelah menanti dengan penuh debar,akhirnya Allah mengurniakan tempat pertama untuk video ALSP.

Bagi para pelakon dan krew,terbaik lah anda semua. TAHNIAH!!!
Vdeo ELSP,Alhamdulillah..sekali lagi rezeki berpihak pada kumpulan kita. Tempat ketiga pun dah kira ok sangat. Usaha kita semua tidak sia-sia. Kerjasama untuk menyiapkan video ini agak tinggi. Rasa tenang sikit. Tak lah serabut sangat. Debarannya juga kurang,..peranan tu tak banyak sangat..huhuhu



Apa pun group b-18 memang terbaik lah..


Saat meraikan kejayaan,ustaz Azlan Shaiful tak dapat hadir,sebab dia salah seorang tenaga pengajar imam muda 2,semalm yang final,so,dia tak dapat hadir,sir pun sama. 



Namun ada hikmah untuk semua yang terjadi kan?

Antara hikmah yang aku dapat,Jangan buat cetak rompak,untuk menghasilkan sebuah cerita,banyak keringat yang tertumpah yang tidak akan terbayar dengan wang ringgit..Ada juga perut yang terisi dengan kerja2 pembikinan filem/drama. Bagi aku, menyokong cetak rompak sama dengan menyokong pencuri dan membeli barang curi..apa hukumnya ya? renung2 kan dan selamat beramal..


Apa pun aku tutup entri kali ini dengan huluran kemaafan..maaf kerana aku juga seorang manusia..punya rasa dan perasaan..yang terkadang penuh dengan kealpaan dan khilaf..

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.