Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, September 12, 2016

Aidiladha 1437H

Kebosanan pulak d mlm raya kedua ni.

Menanti penuh debar jgak sbnrnya.

Miza asma. Sejujur jujurnya..mmg ak xsuka miza asma d perlis..

Sbb?

Jauh dr hospital serdang..hospital yg selalu dia pegi. Keadaan skrg lg lah..miza dh officially stay d srwak. So, segalanya hanya hospital srwak yg tahu.

Ak plk dh 8 bln xjaga dia. Ubat yg dia allergic pn dh makin bertambah. Nab sekali je sehari. Kalau ambik lebih..nanti dia sawan.

Feeling aku skrg ni..rsa nk pegi beli tiket balik nilai sekrg jgak.

Sambil ketaq lutut menanti d luar kecemasan, ak bmesej dgn suri.. feeling2 mcm suri teman ak mcm biasa. Sabar kn ak, bg semgt. Ak mmg cuak mlm ni. Sbb miza sawan lagi.

Nyamok plk, tanpa segn silu dok curi darah ak. Hampir pkul 2 pagi, dokter perempuan, india pnggil ak.

"40 mnit sawan tanpa henti, kita trpksa intubate, bg bantuan oksigen. Jadi kita masukn dia ke icu lah ya"

Allah, icu lagi.
Intubate lagi.

Ak balik,
Golek2 dlm bilik smpai pkul brp trtidur pn al xpasti..yg pasti sedr2 je subuh.

Hari kedua Aidiladha,
Miza sawan 3x. High dose dh ubt yg di bagi.. dia d tidurkan

Aidiladha ketiga,
Miza ada sawan lagi. Tp hari ni, ubat d kurgkn. Skrg mmg brgntung pada miza 100%. Dia yg control sndiri. Sbb hasil pmeriksaan, xdpt jumpa penyebb sbnr dia sawan.

Aidiladha keempat.
InsyaAllah, ptg nnt kalau xda apa, tiub akn d buka.
Ak bwa gula2, ni wajib..utk elak dia muntah. Tp ada 1 mslh lain. Miza xnmpk. Allah.. lagi skali ak cuak.. mcm mna ni. Cerita lah dgn suri. Suri ckp gangguan tu, jgn biarkn bnda alah tu mainkn ak buat kesekian kalinya. Ok, ak tenang sikit.

Aidiladha kelima,
Dokter pakar nk jmpa. Diaorg baru tahu miza xnmpk. Bincang punya bincang. Ok, boleh balik hr ahad.

Alhamdulillah.
Pndgn miza d pg isnin ni makin jelas.
Terima kasih Allah.
Alhamdulillah.

2 comments:

  1. cian akk....sudi lg x trima utk dtg ke perlis?haha...3mggu mnjdi 2 mggu je...Allah sbaik2 perancang....

    ReplyDelete
  2. Sudi..mna plk xsudi..dtg lah..insyaAllah bersmbut

    ReplyDelete

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.