Aku tak sangka aku akan mendengar cerita sedih di pagi khamis lepas.. macam banyak pulak yang terjadi khamis lepas kan?Rasanya hari-hari macam-macam peristiwa terjadi, kalau tak ada peristiwa terjadi, mungkin roh dan jasad aku dah terpisah kot…huhuhuhu
Kisahnya bermula, bila Dr. Asma, pensyarah lughah aku menceritakan tentang suaminya yang mentigakan dia, bukan menduakan tapi mentigakan…bagi aku kisah mendua or mentiga ni biasa je lah, sebab aku dah laluinya dulu lagi kan…
Cuma, aku tak sangka, Dr. yang happy, anak-anak Dr. yang sangat mencuit hati tu menyimpan kisah duka di sebaliknya. Tapi bila di fikirkan dengan akal bukan dengan otak..aku akan katakan YES, memang selalunya macam tu hidup orang yang dalamnya tersimpan kesedihan. Orang yang selalu menceriakan hidup insan lain, selalunya terselit duka yang di pendamnya… orang lain aku tak tahu, tapi aku selalu jumpa orang-orang yang macam ni. Luarnya, happy, dalamnya hanya Allah yang tahu.
Dr. cerita, dia lalui semuanya sorang diri. Sebijik lah dengan mak aku. Bersalin sendiri, drive kereta sendiri ok, dan saat dia bertarung nyawa tu, suami dia sesedap rasa pergi honeymoon dengan Si Muda. Dr. dah lah ada sakit jantung..sabor yo lah. Saat Dr. cerita tentang diri dia, aku bayangkan mak aku di Perlis. Cuma Dr. beruntung sebab ada kerja yang menjanjikan pendapatan lumayan, pendek kata, dari segi ekonomi, Dr. memang tak ada masalah lah…
Pelik kan lelaki ni, pantang berduit sikit, mula lah nak pasang dua tiga. Kenapa ya?yang tak berduit pun ada jugak yang gatal..Isteri yang satu dekat rumah tu memang dah di sahkan akan masuk syurga ke?belum tentukan… jadi masih ADA BRAN nak tambah cawangan kenapa? Sebab mampu? Kalau masih belum mampu membimbing sorang isteri ke syurga, janganlah cakap tentang MAMPU ok…Ikut sunnah lah sangat, Kalau rasulullah, 100% dapat menjamin para isteri baginda ke syurga, jadi para suami yang berkeinginan atau sedang menduakan para isteri, betul ke isteri anda sudah dijamin syurga?
Memang emosi betul aku, bila bercakap tentang POLIGAMI ni…entahlah, aku tidak mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah,Cuma apa yang aku lalui, membuatkan aku pelik dengan lelaki…
Kesimpulannya, aku bangga dengan mak aku sebab sabar mendidik kami keseorangan, aku bangga dengan adik-adik aku sebab membuktikan hidup tanpa ayah juga kita mampu bahagia…=)
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
2 days ago
0 comments:
Post a Comment