Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 18, 2011

Aku sayang Hang

Dalam masa berapa bulan ja lagi,kita akan semakin renggang.Entah lah..tak tau lah kenapa perlu rasa macam ni. Rasa macam nak teriak ja bila ingat semua ni. Mugkin sebab tok baru pi kot. Macam tak ready lagi untuk ditinggalkan. Sebenarnya tak lah di tinggalkan sangat,just terasa macam akan ditinggalkan.


Yang pasti "Aku sayang hang sangat-sangat". Ingat masa kita kecik-kecik dulu,Kita selalu kongsi semua benda. Time ang tinggai aku p kelantan,rumah pak ngah..aku sedih gila kot,padahal seminggu ja kot ang p. Tapi tu lah,kecik lagi time 2,so teriak ja lah kiranya,dah tu dok kira hari ang nak balik..lawak kan?tapi hang tak tau kan?

Kita selalu pi duduk rumah wa time cuti sekolah. Kita selalu bersama kan?Tidoq kongsi kain selimut yang paling best..bila bangun pagi mesti aku sejuk,sebabnya?..hang kampoi semua selimut dekat hang..memang kejam lah hang ni..aku sejuk gila ang tau dak?

Cerita cinta?...fuhhhh..hang kan cantik,so..banyak lah peminat..penah juga aku jadi postman hang..bagi hadiah,makan free,rantai..banyak lah kan? Time hang frust cinta yang paling tak tahan..kesia aku tengok hang..Tapi last2..dapat pegawai tuh..baguih juga masuk palapes ni kn.



Semangat aku untuk study? hang mesti tak taw pasal ni..aku tak penah cerita dekat hang pasai ni..malu arghhh..Aku semangat masuk tingkatan 6,lepas frust gila SPM..hang saja yang bagi semangat dekat aku..sampaikan aku nak ambik subjek semua sama dengan hang..tapi takdir Allah kita tak akan mampu menolak..Aku tewas dengan pujukan ustazah dekat sekolah..So,di SMKAP juga lah aku..Inspirasi aku untuk belajar salain mak aku,hang lah..



Time aku dapat tau hang sakit,ketumbuhan dalam kepala..memang menitik lah air mata aku..bukan setitik dua..beribu-ribu..Aku takot hang tinggai aku..Janji Allah itu pasti..hang sembuh selepas pelbagai usaha..Alhamdulillah..


Apa pun..selamat menempuh alam baru. Semoga bahagia di samping orang yang tersayang. Aku saaaaaaaaayg hang walaupun semua ni agak tinggal kenangan..sekarang masing-masing dah sibuk. Hang dah kerja..aku pulak,belajar(belajaq la sangat kan?)..rindu sangat detik2 tu..ada ka orang rindu semua ni macam aku?tetap tak boleh undur semua tu kan?..pasrah jo lah..






0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.