Stesen Pudu..Gembar terkini tau ni...
Adik Arfah yang ambil aku di stesyen bas kangar. Alhamdulillah aku dan sahabat selamat sampai. Balik ja terus pi pondok guard aspuri Al-Islahiah,mak aku kerja malam. Pukul8 pagi baru habis. Aku lebih suka mak jd guard sebab mak just perlu duduk dalm pondok,ronda aspuri,buka lampu bila malam dan tulis laporan. Tak adalah penat sangat. Mak dah tua,dah tak boleh kerja berat-berat. Masa kerja cleaner dulu,mak selalu sakit. Mestilah penat,kerana kesedaran itulah aku tak benarkan mak kerja cleaner.Bukan jijik or malu dengan kerja tu,tapi kesihatan mak tak mengizinkan. I lurve u mom. Mmmmmuah....
Aku balik rumah,solat subuh,baru ja buat rancangan nak tidur,mak su ajak pergi kubur tok. So,tempat pertama yang dituju setelah sampai di bumi PERLS ialah pusara tok. Semalam mak su mimpi tok balik. Mungkin mak su rindu sangat dekat tok,biasalah dekat 10 tahun mak su jaga tok sakit. Selepas baca apa yang patut dan siram kubur tok,aku pun balik lah. Aku tak masuk rumah,tapi terus ikut mak su masuk rumah tok,rumah mak su juga lah.
Mak su keluar tengok ayam-ayam dia,dalam lima minit ja aku dalm rumah,memang tak tahan,air mata jatuh juga. dah tak ada dah suara tok baca Quran pagi-pagi macam ni. Dah tak payah mandikan tok. Dah tak perlu suapkan toka makan. Rindunya aku pada semua tu. sepanjang labih kurang seminggu di kampung, dua tiga kali ja aku pergi rumah tok. itu pun sebab ada kerja. Moga-moga tok di tempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana. Aminnnn...
Petang tu,aku sempat pulang ke lubuk yang membawa aku ke tahap sekarang,SMKAP. Jumpa warden yang selalu marah aku dulu. Lawak lah. Tapi aku dah lain sekarang. Ak dh x nakal macam dulu,Sekarang nakal macam lain pulok.
Jumpa adik tersayang..Wan Izni Faiznur,Adik Arfah jangan jeles ok,bukan selalu pun dapat jumpa. Jumpa junior-junior,wahhhhh...bestnya..SMKAP dah maju dah. Dah jadi sekolah claster dah.Nak masuk situ..UPSR wajib 5A sekarang nih. Fuhhhh..dasyat. Sekolah pun dah makin cantik. Tak ada masalah kelas tak cukup dah..sekarang ni kelas terlebih pulok. Di tanah wakaf inilah aku dibentuk..sangat bahagia bila kenangkan saat bersama sahabat-sahabat yang pelbagai gelagat dan kerenah.
Inilah hasil tangan aku. Khas untuk mak dan mak su sempena hari ibu. Kami makn ramai-ramai malam tu. best sangat. Memang terasa bahagia betul berada di kampung. Adik-adik,sepupu..semuanya bergembira malam ni.
Balik kali ni,aku asyik tengok TV ja. Hindustan,cerekarama(dosa siapa) kalu tak silap lah,Juvana,Asmara,Mentor,Nora Elena,Sahara,Cinta Fitri,...dan banyak lagi. Memang tidur depan TV ja lah aku. Malam khamis tu ja aku tidur di bilik mak. Memang tidur bawah ketiak mak lah..Memang best bila gaduh dengan adik Muhammad,gara-gara nak mak peluk. My Family my world my life..luve you all...mmmmmmmuahhhhhh.
Ini gambar pantai di Perlis. Aku suka tengok ciptaan Ilahi. Tiada tandingan. Sangat indah dan menenangkan. Ini hari terakhir di kampung.Esok pagi dah nak balik NOGORI. Aduhai buku tak tengok pun. Cena lah aku nak jawab exam business?
0 comments:
Post a Comment