menyaksikan titisan air mata mak aku kerana kegagalan aku dalam SPM. 1A 4B 1C 3D.. hanya ini yang berjaya aku perolehi. Subjek sains aku semuanya D kecuali Biologi. Saat ini juga menyaksikan sepupu aku yang sama-sama berjuang di sekolah yang sama berjaya mendapat 5A. Pastinya hati mak aku lebih sayu melihat sepupu aku lebih cemerlang daripada anakny. Sebaik mengetahui keputusan SPM aku,tiada sebaris ayat mahu pun kata dari mak. Aku juga tidak berani bersuara. Aku tahu,mak diam kerana sedih dengan keputusan yang aku 'hadiah'kan padanya.
pulang kerumah,mak disapa kawannya. Soalan lazim,"Fizah dapat berapa?". "Boleh la,cukup-cukup makan ja". Dari nada mak,aku dah tahu,sedih mak masih berpanjangan. Lebih menyedihkan mak,anak kawan mak tu,dapat anugerah pelajar terbaik di sekolahnya.
Tiada siapa tahu,hati ini sangat sedih kerana telah menjatuhkan air mata kekecewaan mak. Aku tak mampu berkata-kata dengan mak. Rasa bersalah menyelubungi diri,aku tak mampu menjadi k.long yang boleh dijadikan contoh oleh adik-adik.
Akhirnya atas kata semangat dan dorongan yang di berikan olen Siti Munirah,sepupu aku. Aku nekad untuk mengambil STPM. khabarnya,STPM sangat susah,terutama Pengajian Am. Tapi ini saja cara yang aku ada untuk tebus balik kekecawaan mak.
Aku ambil subjek Pengajian Am,Bahasa Melayu,Bahasa Arab,Syariah dan Sejarah. Sungguh aku tak bersedia untuk mengambil Bahasa Arab. Basic bahasa arab aku sangat lemah. Masa SPM aku main hafal ja semua. Tak ada yang aku faham. Teruk sangat kan? Sebab tu dapat teruk time SPM. Ustazah Basyira telah memujuk aku dan sahabat aku, Hamidah untuk teruskan belajar di bumi bertuah SMKAP. Disababkan aku dan sahabat minat sejarah,jadi kami telah meminta pihak sekolah menyediakan aliran baru di sekolah,iaitu aliran sejarah. Bagi aku sejarah sangat penting untuk kita pelajari terutama sejarah Islam.
Peperiksaan akhir tahun 6 rendah menyaksikan,aku tak lulus Bahasa Arab dan Pengajian Am. walau apa pun aku yakin, aku mesti boleh walaupun lambat daripada sahabat-sahabat yang lain.
Pointer tak payah cakap la,memang tak sampai 3 pun.
2009
Tahun baru,azam baru. Nak belajar betul-betul. Tahun ini menyaksikan anku dipertanggungjawabkan dengan banyak tanggungjawab yang tidak pernah terfikir pun. Tahun ini aku perlu lebih berdisiplin dan tegas kerana, sahabat aku,Nurul Atiqah Hasbullah merupakan Ketua Majlis Kepimpinan Pelajar,Hamidah Binti Azizan merupakan Ketua Biro Dakwah (MKP),Khairunnisa Mohd Ali,Ketua Kelas. Aku pula memegang jawatan yang sangat berat bagi aku,sangat menguji tahap kepimpinan aku,besar tanggungjawab yang diberikan pada aku,Biro Displin (MKP) dan Ketua Biro Pendidikan dan Akademik Majlis Kepimpinan Asrama. Tugas ini memerlukan aku dalam watak yang sangat garang dan tegas.
Tahun ini juga menyaksikan jadual aku berubah. Aku cuba membaca buku di awal pagi,bermula pukul3 pagi. Untuk memelihara mata daripada terlelap di dalam kelas,aku akan minum kopi setiap pagi. Walaupun aku tahu dan di tegah sahabt, tapi ini sajalah cara yang aku mampu lakukan untuk study dan memberi tumpuan dalam kelas.
Semangat para guru tingkatan 6,sangat aku. kagumi,cekal,berdedikasi,bersemangat waja dan rela bekorban apa saja demi anak didik tercinta.
Sabtu tidak pernah di biarkan kosong,sentiasa terisi dengan kelas tambahan. Bermula dari bulan satu kami telah di kerah datang ke kelas tambahan, kelas petang bermula dari pukul3 sehingga pukul5. Sebelum pulang ke asrama aku akan pastikan kerja sekolah telah disiapkan.
Rutin hidup aku benar-benar berubah,Tingkatan 6 benar-benar mengajar aku erti sabar dan usaha dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Aku bukan pelajar top di sekolah dalam akademik. Semasa percubaan,aku hanya berjaya dapat 3.13. Yang pasti, pada akhir tahun 2009,aku telah curahkan segala ilmu ynag telah guru berikan dan aku hanya mampu berdoa dalam tempoh masa menunggu result.
Doa mak tak pernah putus. itu lah kasih IBU pada ANAK. Tidak ada dendam dan tak pernah minta balasan. Sokongan mak sentiasa bersama dalam perjuangan ini.
Doa mak tak pernah putus. itu lah kasih IBU pada ANAK. Tidak ada dendam dan tak pernah minta balasan. Sokongan mak sentiasa bersama dalam perjuangan ini.
Ada masa aku rasa down sangat,Mak akan datang dengan kata-kata semagat yang ringkas tapi berkesan untuk diri aku. Mak selalu datang ke asrama untuk melawat aku. Aku tak selalu balik rumah,sebab aku 'hantu tv'. Kalau balik tak jadi kerja,asyik bersama kekasih hati(tv).
2010
25-02-2010, tarikh yang amat bersejarah,result STPM di umumkan. Ya Allah adakah sejarah 2008 akan berulang? Mak masih bersama dengan aku. Satu-satunya wakil ibubapa pelajar yang mengambil keputusan hari itu adalah mak aku. Tak sanggup rasanya nak tengok result.
2010
25-02-2010, tarikh yang amat bersejarah,result STPM di umumkan. Ya Allah adakah sejarah 2008 akan berulang? Mak masih bersama dengan aku. Satu-satunya wakil ibubapa pelajar yang mengambil keputusan hari itu adalah mak aku. Tak sanggup rasanya nak tengok result.
Allhamdilillah, air mata aku menitis kerana mak aku menitiskan air mata grmbira hari ini. Aku di peluk seerat-eratnya. Walaupun banyak mata yang memandang tapi itulah detik terindah aku dengan mak. Petang tu mak aku hadiahkan Kek untuk aku. Hijau putih..warna kegemaran aku.Walaupun tidak seberapa tapi bagi aku inilah kejayaan pertama aku setelah begelar pelajar sekolah menengah.
kejayaan ini tak akan dapat di raih jika tiada usaha padu dari Cikgu Norizan,Cikgu Azizah,Cikgu Fitriah,Cikgu Ismajunaiza,Cikgu Hasniah,Cikgu Fakaruddin,Ustazah Maznah,Ustazah Zaleha,Ustazah Basyira dan Ustazah Nadia. Terima kasih cikgu. Tulang belakang aku sudah pasti mak aku.
Terima ksih tak terhingga mak. Sahabat yang banyak membantu dan sepupu aku, dik ti yang banyak mendorong.
0 comments:
Post a Comment