Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 23, 2014

Malam Solidariti ummah

Alhamdulillah,
kami berkesempatan bersama2
untuk Malam Solidariti Ummah



Ramainya orang. MasyaAlla! Memang xsangka sebenarnya. Sehari sebelum kejadian, aku nampak baner tepi jalan, tapi just nampak tajuk. Dalam hati terdetik, mesti dekat KL, selalu acara macam ni mesti buat dekat KL. Susah sikit la aku nak pi sana.

Esoknya, balik dari hospital seremban dengan Cik Miza, baru keluar wad ni, Turun KTM nampak lagi baner tu, terkejutnya,
TEMPAT : STADIUM TERTUTUP NILAI
TARIKH : 13 SEPTEMBER 2014.
weh! hari ni. Terus ajak Miza pi..walaupun tau, mesti dia penat, almaklumlah baru keluar wad.

Suri pulak, nk balik krja awal sbb nk ikut sama pi Malam Solidariti Ummah. Facebook Aman Palestin dah penuh dah cerita pasal MSU ni. Sepanjang jalan nk masuk USIM dah penuh dah dgn poster palestin. Dekat Bukit pulak terpasang bendera PALESTIN yang 'besar betul'..rasa macam seram sejuk pulak







Bagi yang berkesempatan, nah tengok lah.

'Alakullihal, Alhamdulillah

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.