Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 21, 2014

Kuasa Suka, Sayang, Cinta

Macam lain macam ja tajuk aku hari ni kan?
Aku pun pelik jugak dengan tajuk aku ni. Aku dok pikiaq2, aku rasa ni lh tajuk yang terbaik buat aku.. ha gitu.

Betul! apa yang betul?
nak cerita lah ni....sabor blh tak?

Kalau kita suka, akan ada satu kuasa membolehkan kita buat apa saja, mengantuk jadi segar, letih tiba-tiba boleh cergas, sedih teresak-esak boleh bertukar gelak terbahak-bahak..hahahahah.. macam-macam lagi lah boleh bertukar. Dasyatkan?

Tapi kuasa tu xda la seAgung kuasa Allah. Over lah kalau lbh, Kita ni diciptakan oleh Dia tau. Semua perasaan yg bertukar 2 pn dr Nya. Jadi, tggu apa lg, cuba lah jadi manusia bersyukur. Bukan selalu dan senang Allah nk bagi smua rasa tu.

Aku pernah rasa tak semua ni? Aku mestilah pernah.



Aku boleh senyum dan cergas bila dengar lagu Siti Nurhaliza. Hebat tak aku? kalau tgh edit buku, mata macam xnk bg ak krja, ce try buka lagu CT, confrm ak senyum n blh buat krja balik. Sebab? aku suka smua lagu CT, walaupun orang kata xsdp..hihiihi..tp xsampai fanatik la..Ulang lagu yg sama pn aku xkisah.
Lagu ni comel pulak bila di ubah arrangement dia...

Ni kisah biasa2 la.. Contoh lain,
Bila sampai ja berita pemergian nenda tercinta ke pangkuan Ilahi, terus nak balik. Walaupun masyaAllah, dugaan yang menduga rasa marah sepanjang jalan boleh tahan. Tapi masa ni, SABAR boleh meningkat dgn tiba2. Sebb? ni lah peluang terakhir untuk menatap wajah nenda. Al-Fatihah. "Rindunya dekat hangatnya dakapan tok"

Satu lg..bila si budak kecik yg aku syg 2 sakit, walaupun tgh pagi buta, jadi xmgntuk o0o0o0o0. Sayang la sgt..hampeh!.

Kisah dgn mak?
hurmmmmm..bila rindu mendatang. Memang tak boleh nk kawal. Memang akan lukan apa saja untuk balik kampung. Betapa lama aku tak balik kmpung. Bulan 12 last aku balik. Kiranya 2014 ni tak pernah balik. Rindu tak rindu, bln 5 ni, TIGA kali aku balik. Tiap2 mggu aku balik. Mahal2 tak mahal la tiket. Aku sanggup gaduh and bergusti dgn Muhammad sebb nk tdoq dgn mak..nak peluk mak walaupun sat sja.. Rindu, rindu, rindu..

itu lah bukti kuasanya. Kuasa cinta pn termasuk juga lah 2. Perasaan yg positif ni akn buatkan kita xpercaya dgn kmmpuan yg tiba2 menresap masuk ke dalam diri kita. Betul! sapa ka tipu kn?
Begitu jugak lah, rasa kasih,cinta dan rindu kita pada Rasulullah. Semoga smgt kasih kita pada Baginda menguatkn kita mengamalkan sunnah Baginda.

Pada Cinta tertinggi kita. Bila syg, kita buat apa yg Dia suka, kita tingglkn segala larangan-Nya. Konsep dia sama ja utk smua kn?

Itu sajalah..nk smbung buat krja..nanti aku nk becerita lg..banya cerita terkumpul. Tapi xmenyempat jugak lah nk taip.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.