Alhamdulillah, lafaz syukur meniti di bibir saat mata memandang nama kami berempat di senarai nama layak diijazahkan.
12 Januari 2014, sangat bersejarah. Setelah setahun kami harungi suka duka, pengorbanan yang bukan sedikit dari segi ekonomi, masa dan kisah hati.
Majlis pengijazahan kali ni seramai 450 orang. Turut serta para pelajar dari cawangan lain. Lelaki wajib berjubah putih, perempuan brjubah hitam bertudung putih. Ni lah pakaian convo kami..xda pakai jubah convo mcm dekat u.
mknn mmg sdp!
Ya Allah berdebarnya menanti giliran menerima ijazah. Sebelum dapat sekeping sijil tu, ada lafaz ijab dan qabul untuk menjadi pelajar Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din.
Ijab : saya ijazahkan kamu ilmu perubatan islam
qabul : saya terima
Ya Allah, aku asyik ulang lafaz qabul ntah bapa kali. Tuan Guru dah pesan, kalau dia xdgr lafaz qabul., dia akan tarik balik pengijazahan trsbt..lagi lg aku panik! Time ni smpt pulk ak pk, mcm mna lh org laki takut nk akad nikah..mesti lg truk dr yg aku rasa la ni.
Syukur Alhamdulillah smuanya berjalan lancar. Lafaz ijab dan qabul pun lancar. Mmg bahagialah lps bgelar pelajar Tuan Guru yang sah. Amanat beliau sentiasa menyentuh hati. Hati lelakinya selalu menangis bila mengenangkan kami ank-anak muridnya. Beliau berharap masih dapat bersahabat di akhirat sana, dalam syurga Allah insyaAllah, Ameen Ya Rabbal'alamin.
Sekitar majlis:
Alhamdulillah, kami bakal berpraktikel di Darussyifa Bandar Baru Salak Tinggi, dan siangnya akan berpraktikel di Pustaka Cahaya Kasturi, syarikat Dr. Zulkifli al-Bakri InsyaAllah. Semoga semuanya berjalan lancar. Mohon doa semua ya (budjet ada org nk bca blog ni kn?)