15 Mac 2013, 3pagi
" perhatian kepada waris atau pembawa kepada pesakit _ _ _ _ _ _ _ _ _ _(budak kecik) sila datang ke zon merah dengan segera"
Aku masuk, Ya Allah, wayar berselirat lagi, wayar di hidung macam sangat sakit. Budak kecik macam sedar- tak sedar je. Bila tengok mata dia, macam dia tengah tahan sakit yang amat sangat. Pinjamkan sedikit kekuatan padanya, Ya Allah!
"Nurse, kenapa miza macam tak ok?"
Nurse tu senyum dan lembut je bercakap, mungkin sebab sifat keibuan dia tebal, nurse ni tengah mengandung..
" Miza, tak nak macam ni, jangan bergerak, ikut je misin ni. "
Aku just jadi pemerhati!Apa perasaan aku? Bila seorang kakak tengok adiknya dalam keadaan macam tu apa agaknya rasa dia? itu lah apa yang aku rasa tika itu.
"miza, tido sayang, tido" tangan dia lembut menepuk paha budak kecik. Budak kecik kembali tenang.
Allahuakbar!
tapi hati aku sedikit terubat dengan layanan nurse tadi. Alhamdulillah, baik nurse tu.
tapi hati aku sedikit terubat dengan layanan nurse tadi. Alhamdulillah, baik nurse tu.
Pukul4, budak kecik di masukkan ke ICU. "Ya Allah, sekali lagi?"Pukul 6.30 baru aku dapat tangok dia dalam ICU.
2 3 hari ni adalah juga aku belajar benda baru, aku dah tahu cuma susahnya lah aku nak aplikasikan dalam kehidupan.
"akak, charge lah hendset, susah tau kalau tak da betry."
"malas la, nanti lah."
" kalau jadi apa-apa susah nak contac. kalau miza sakit malam ni, macam mana nak bagi tau akak?"
ok,.aku balik rumah terus charge fon aku, masa dalam kelas,
mesej masuk:
"akak, miza susah nak nafas balik".
konklusinya, aku dah tak berani bagi hendset mati, penting juga untuk memastikan kelangsunggan hendset hidup 24 jam..salah satu kebaikkan teknologi terkini juga lah ni kan..
xsllu kong dh hp?hehe
ReplyDelete