Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, June 08, 2012

KEYAKINAN ku

Ya Allah,
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ya Rahim,
Tiada yang mustahil bagi Engkau, 
Engkau Maha Berkuasa melakukan apa saja yang Engkau kehendaki,
Ya Rahman,
Engkau yang menciptakan setiap sesuatu, 
maka,
Engakau yang berkuasa ke atas semunya, 
tidak terlepas walaupun seekor semut kecil,

Ya Rahim,
Sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah Ya Allah..
Engkau mampu menukarkan Racun menjadi penawar., derita jadi bahagia, miskin menjadi kaya, gelisah menjadi tenang. Engkau juga mampu menghidupkan dan mematikan. Kekuasaan itu milik-Mu, tiada yang mustahil bagi Engkau Ya Quddus.Sesungguhnya harapan hamba-Mu sangat tinggi kali ini Ya Allah..

Hamba-Mu ini mengharapkan keajaiban berlaku. Mengaharapkan Engkau menrungkaikan segala kekusutan. Hamba-Mu ini mengharapkan pencerahan pada jalan yang semakin gelap. Hamba-Mu ini meminta Engkau membuka pintu-pintu usaha. Ilhamkanlah,perlihatkanlah jalan ikhtiar yang mampu kami lakukan, kerana kami yakin, seandainya semua jalan sudah tertutup, pasti jalan-Mu masih terbuka luas buat kami.

Bantulah kami, hamba-Mu yang hina lagi lemah ini Ya Allah. Pergantungan kami hanya pada-Mu. Doa kami sepenuh hati agar segalanya pulih seperti dulu. Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Kami tahu, ujian itu kafarah dosa. Ujian juga menandakan kami adalah hamba-Mu, jadi selayakknya kami menerima ujian. Kami juga tahu, ujian mendidik kami agar lebih dekat dengan-Mu. Bantu kami Ya Allah. Teguhkan iman kami dengan kekuasaan-Mu. Tapi jika sebaliknya yang berlaku, damaikanlah kami dengan cinta-Mu. Jangan Engkau pesongkan hati-hati ini dengan ujian-Mu. Semoga ujian ini menjadi waddah penghubung cinta kami buat-Mu..Ameen.

Adakah kami belum cukup bersungguh-sungguh menginginkan kesembuhan ini? Apakah doa dan usaha kami belum sampai pada tahap yang terbaik? Bantu kami Ya Allah.
Tiada yang mustahil bagi-Mu Ya Allah,

p/s : Tolong doakan, Semoga Allah menghadiakan kesembuhan dalam masa yang terdekat ini.
Ameen..Ya Rabb.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.