Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, January 02, 2011

Nikmat Berpagi-pagian


Minggu pertama aku untuk sem ni,terasa sangat berat subjek sem ini. Semuanya dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kenapa? Kenapa bkn bhs Melayu. Ak org melayu.


Aku mengadu pada mak,Mak kan penyabaq. Mudah sgt nasihat n kata-kata perangsang "yang tak tahu tu la kena belajaq ,kalau dah tau buat apa nak belajaq lagi. Tak pa pelan-pelan,nanti boleh la tu". 

Alhamdulillah,semangat la sikit nak belajar. SAYANG MAK. I LURVE U MUMY..heheheh.mmmmmmmmmmmmuah sikit😙

Tinggal di KK1,aku semangat nak jalan pi kelas. Aku nak tiru orang Korea. Awal pagi lagi aku dah jalan dengan Yana. Macam dalam cita Korea betul Seronok sangat.





Subhanallah,indahnya ciptaan Allah SWT. Ni antara pemandangan yang dapat dan sempat ak ambik  masa jalan - jalan dengan Yana time nk p kls. 











Kalau hari yang ada bulan,aku akan hadiahkan bulan tu pada Yana. Cantik nya bulan bila mengambang.








ni la contoh bulan tu. Cantikkan.









Ada lagi,pagi ni Allah berikan nikmat pemandangan yang sangat cantik. Ruginya bagi sesiapa yang tak dapat lihat.




Gambar ni ana ambil masa kat depan fakulti.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.