Alhamdulillah summa
Alhamdulillah,
Terima kasih semua,
Alhamdulillah dan terima kasih
atas kurniaan ini Ya Rahman,
Sungguh tak disangka, dah empat
tahun di bumi Nilai, mengutip ilmu dan pengalaman. Pengalaman menimba ilmu yang
penuh onak dan duri. Suka duka yang mewarnai setiap langkahku di bumi ini penuh
ertinya.
Terima kasih mak,
Mak yang tak pernah malas nk
doakan anak sulung ni. Mak yang akan dengar segala keluh kesah, masalah, suka
duka aku di sini. Jauh tapi rasa dekat!
Aku : Mak, susah la. Kak tak
paham , tak tau.
Mak : Sebab tak faham la mak
hantaq pi belajaq, kalau dh tau buat apa nk belajaq. Bukan kak sorang tak tau,
orang lain pun tak tau jugak. Sebab tu la kena belajaq.
*****
Mak : Makan apa hari ni? Makan
dak lagi? Ada duit dak nak makan?
Soalan wajib o0o0o0. Risau
sungguh anak dia tak makan.
Adik2 yang memahami. Adik hadi,
arfah dan Muhammad. Terima kasih banyak2 sebab jadi adik yang baik (boleh la
dari tak dak)hahahahaha..Terima kasih, terima kasih, terima kasih (terkilan
sebab tak dan nak bagi semua adik2 pakai jubah convo).
Kembara yang yang mengajar aku
melihat skop kehidupan dari sudut yang lebih luas. Kehidupan yang dihuni oleh
pelbagai orang dan karenah. Kehidupan yang menuntut kita memberi untuk
menerima. Kehidupan yang bukan hanya hidup ‘aku’, tapi kehidupan yang hidupnya
‘kita’.
Ada jatuh bangunnya di sini. Tak
dapat 4 flat tapi pernah dapat gagal. Gagal sampai kena repeat paper pun
pernah. Pengalaman yang memang penuh pahit manis sebagai pelajar. Pengalaman
yang cukup rasa. Tidak terlalau manis, tidak juga terlalu pahit untuk di telan.
Keseimbangan yang manis untuk dikenang!
Pengalaman hidup berdikari di
tempat orang. Kawan2 adalah family. Macam family pun still ada gaduh-gaduh manja
macam kucing. Up sikit, gaduh-gaduh ganas macam harimau. Pergaduhan yang acap
kali kali membawa aku bermuhasabah. Cuba baiki diri, betulkan yang salah,
luruskan yang bengkok. Kita cuba tapi tak semestinya berjaya. Nak memaafkan
seiring melupakan kesalahan tak semudah dilafazkan kn?
Nurul Izzati Idris, kawan dari
sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya masuk uni yang sama jugak.
Berjodoh betul. Alhamdulillah, pnjang lagi jodoh kami. Alhamdulillah jodoh dia
bercinta hingga kesyurga pun dah sampai. Convo dgn bby lg lah cute!
Lepas tu disinari dengan keluarga
usim. Along, Angah, Kak Ngah, Alang, Andak, Tamara, Acik n Ucu.
Degan Nurliyana Adnan, ntah
berapa kali kahwin, cerai, rujuk, cerai, rujuk, cerai, rujuk. Talak kali berapa
pun dah tak tahu. Tapi sabar je lah. Nasib baik status sekarang ‘dirujuk’
bukan ‘dicerai’. Kalau tak convo dgn status ‘janda yana’ lh aku..hahahahaha.
Suka duka tu jgn ckp la.
Mazyyah Osman. Tak puas hati betul budak pandai ni tak dapat anugerah diraja. Dari awal lagi aku target dia dapat anugerah ni. Tapi tak ada rezki, xpa lah. Sangat2 membantu dalam pelajaran. Pernah tinggal sebilik 3 sem, serumah setahun. Dalam diam dia mengajar aku erti merendah diri, jadikan diri mudah membantu tak kira masa,jangan mengeluh, paling utama jangan kedekut ilmu. Caiyok lah Mazyyah untuk master ni.
Lepas tu kenal Una, Hana, Dila,
Kak Ida, Yah, Ain, Kinah dan semua lah budak2 TBA1. Budak2 kelas aku ni mmg limited edition. Aku
pun tak tahu macam mana aku boleh tercampak dalam kelas ni, padahal diaorang ni
up banyak. Memang rasa down jugak dengan pencapaian duniawi mereka kadang2.
Kembara ini juga kenalkan aku
dengan Norhamizah Mohamad Yunus. Sebab kenal budak ni lah tertubuhnya NSK321.
Allah anugerahkan dia dalam hidup aku. Memang aku rasa macam satu anugerah.
Jaga dia, Aku
rsa mcm jga ank sakit time stdy. Yes! That. Bila dlm kls risau anak dekat
rumah. Pernah lari dari kuliah sebab anak semput di rumah. Berkejar ke
Hospital. Ulang alik hospital, benda biasa. Sampai jadi celik ubat asma, jenis
pam dan pil tu tahu dah la namanya, tak ada lah sebut “ pam yang warna biru,
purple, ubat putih”, terus bagitahu, Miza guna ventolin, teofailing ( tak reti
eja). Banyak betul pengalaman baru.
Pengalaman tunggu depan bilik operation, pengalaman cuaknya menanti pesakit
sedar dalam bilik ICU. Allah, beharganya anugerah ni.
Bukan setakat cukup rasa, Tapi
terlebih rasa. Rasa manis2 senyuman, pahit2 sakit, kelat2 cuak, masin2
menunggu, payau2 air mata. Semua ada! Macam2 aku dpt!
Paling jauh aku pergi dengan
Miza, semestinya SARAWAK! Terima kasih mak miza sebab bagi saya pakej percutian
yang sangat best! Bagi saya rasa nikmat duniawi yang satu ni, naik kapal
terbang!
Keluarga bos yang sporting. K.gee
yang baik! Tentera2 dia yang comel! Along, angah, kak ika, kak cik, aqil dan
wafi. Bos yang cukup memahami! Semoga perniagaan kak gee terus maju. Mana mau
cari penganti bos macam ni.
Part time, mengajar aku kesabaran
yang tinggi menjadi orang kaunter. Pelanggan yang macam2 karenah.
Cstmer : Buku yang keluar di TV pagi td ada tak?
Aku : tajuk apa ya?
Cstmer : Ala yang dkt TV
Al-Hijrah pg tadi. Mak cik tak ingat nama apa buku tu.
Hadoi! Sbr je lah. Kita yang tak
dak tv ni mana la nak tau. Kalau ada pun, pg tadi pi kelas mana nak sempat
tengok tv.
*****
Cstmer : Buku ni ada?
Aku : Taka da.
Cstmer : Cuba cari dekat2 blkg
tu.
Aku : (Haisy! Mmg xdak, cari
sampai ke dalam tanah pun mmg xdak dekat sini)
Tak kira lagi plggn yg banyak
betul mitaknya time kita tgh sibuk siapkan asigment. Masa ni jgk lah nk byk
plnggnnya.
Ust2 Darussyifa pun banyak jugak
membantu. Ust. Yusuf dan isteri, kak Maiza, semoga Allah murahkan rezki kalian.
Rezki yang dilangit diturunkan, yang dibumi dikeluarkan, yang jauh didekatkan,
yang susah di permudahkan dan yang haram disucikan. Sampai jugak lah saya dan
miza di Kelantan dan Terengganu sebab ust dan akak. Terima kasih! Terima kasih
jugak sbb bagi kami kerja.
Ust Bukhari terima kasih. Time
Miza sakit je mesti muncul. Terima kasih uruskan tempat praktikel kami.
Alhamdulillah dapat jumpa SS Dr. Zulkifli Al-Bakri selalu. Dapat pergi rakaman
Cinta Ilmu, TV Al-Hijrah.
Terima kasih Ust.Kamil,ilmu
rawatan islam yang sangat banyak dicurahkan masa praktikel di Darussyifa Salak
Tinggi Sepang, Selangor.
Terima kasih semua ust2
Darussyifa.
Setianya NSK321 ( N3,S2,K1)
bersama. Macam-macam drama terangkum dengan budak-budak ni. Mula dengan drama
seram, drama lawak tak habis sampai malam dan macam-macam lagi drama lah. Drama
terlajak romantic akan menyusul, sebab bunga-bunga NSK321 ni kosong-kosong
lagi..OTW cari calon.
Pengalaman dengan budak2 ni jgn
cakap la. Memang smpai esok pn tak kn habis! Dalam seminggu pun dah berpuluh
drama boleh terbit. Album jgn cakap lah. Dah banyak siri album dah. Cuma tak
boleh dapatkan di pasaran je.
Nak pergi temuduga darussyifa ada
drama dia, tambah pulak sempat buat album lagi.
Nak pergi belajar darussyifa ada
drama dia.
Nak final exam, ada kisah
Nak balik kampung, ada kisah.
Memulakan kehidupan disaat orang
memejamkan mata. Taka da orang buat, hanya kami. Siang macam kelawar. Tutup
mata rapat!
Pernah kemalangan, pernah
berjaga menanti di KECEMASAN hsptl Serdang, pernah pecut kereta balik perlis
tanpa sebarang perhentian, Pernah tidur berbaris sepanjang ruang tamu, pernah
makan malam pkul 2 pagi, pernah sesat di putrajaya ( jalan mati, orang tgh nk
merempit/ drift, lalu pulak masa pkul 3 pagi, perempuan semua satu kereta,
memang cuak!).
Terima kasih NASK321.
Meh nak perkenalkan NSK321 ni,
N3 =
Norhafizah, Norhamizah, Nur Fardlyna
S2 =
Suriati, Saiyidah Nafisah
K1 =
Khairunnisa
Sungguh,
aku tak mau balik! Nk dduk sini. Nak berkampung disini. Rasa macam rugi kalau
balik. Sini dekat dengan Tuan Guru Dr. Haron Din, dekat juga dengan Dr.Zulkifli
al-Bakri. Rasa macam tempat yang penuh barokah di sini.
Sedihnya
bila betul2 kena balik perlis (dah macam orang lupa daratan). It’s ok, kita
hidupkan kehidupan baru di tempat lama pulak.
Terima kasih semua